Friday 17 August 2012

Baju Raya Yang Difikir 2 kali untuk dipakai di pagi Aidil Fitri

Ramadan semakin hari semakin bakal melabuhkan tirainya.
Pelbagai2 ragam yg meragam sepanjang menjalani ibadah puasa taun ni.
Ada pengalaman yg menyedihkan, menggembirakan, mencuakkan, menyuspenkan (suspen) bergantung kepada setiap individu yg mghadapinya.
Yang penting akhirnya di sudahi dengan keinsafan tehadap-Nya.



Sempena menyambut Hari Raya yang tiba xlama lg (tinggal tunggu pakcik yg jaga mohor besar tu je muncul d tb umumkan) mesti ramai yg da ready siapkan baju raya yang bakal disarung di pagi raya nanti kan?

post kali ini menceritakan tentang jenis baju raya yang difikir 2 kali untuk di pakai di pagi raya.

1. uniform sekolah rendah


Ya..sudah! memang teragak2 la jugak nak pakai baju ni kan? kena pulak buat2 style macam ni.. memang kena gelak la...tak kiralah walau apa pun caranya kamu menggayakan baju ni...

2. baju jeryu (jersi versi baju melayu)


Hmmm...kreatif dan inovatif...sangat menarik untuk ditonjolkan di khalyak umum khasnya bagi die hard fan sesebuah team... sangat bertepatan dengan musim baru Barclay Premier League yg baru bermula ni...2 in 1...boleh beraya sambil2 tengok bola di stadium sekali.

3. Baju Firaun


memang la bulan puasa dah nak habis...semua baik2 blake...tp esok2 raya jangan la balik semula perangai firaun tu...dah tu kena pulak pagi2 raya pakai macam ni... memang nak kena la jawabnya.

4. Baju Ultraman


satu set lengkap baju ni...siap ada topeng skali...teringat pulak baca ujang masa amek muet kat sungai pelek  dulu.... pakai baju ni ke pergi sembahyang raya... biasanya 1 baju raya boleh di recycle utuk raya haji @ raya puasa tahun depan kn? kalau baju ni camner tu ye??


Last but not least, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada umat Islam semua..:D

2 comments: